Antara soalan yang sudah pun muncul dan yang bakal muncul:
- kenapa naik keretapi? kalau naik flight je kan senang dan cepat.
(aku jawap) - aku tak kaya macam kau dan aku seronok bersusah payah naik keretapi sebab macam-macam pengalaman dan ikhtiar hidup yang aku dapat. Setiap orang mempunyai kehendaknya tersendiri. Terpulang.
- kenapa tak terus kan lagi sampai negara bla bla bla?
(aku jawap) - director aku asyik sms aku je ajak borak walaupun aku sebuk nak pikul bag menyeberang border. Cuti aku tak panjang, duit aku tak banyak. Ada waktu sesuai aku sambung lagi ke negara bla bla bla..
- kenapa tak beli kan i freeze magnet, keychain dan kenapa tak beritahu u nak pergi i nak kirim.
(aku jawap) - kau ingat tujuan aku pergi ni nak shopping ya?
Terima kasih :- kenapa naik keretapi? kalau naik flight je kan senang dan cepat.
(aku jawap) - aku tak kaya macam kau dan aku seronok bersusah payah naik keretapi sebab macam-macam pengalaman dan ikhtiar hidup yang aku dapat. Setiap orang mempunyai kehendaknya tersendiri. Terpulang.
- kenapa tak terus kan lagi sampai negara bla bla bla?
(aku jawap) - director aku asyik sms aku je ajak borak walaupun aku sebuk nak pikul bag menyeberang border. Cuti aku tak panjang, duit aku tak banyak. Ada waktu sesuai aku sambung lagi ke negara bla bla bla..
- kenapa tak beli kan i freeze magnet, keychain dan kenapa tak beritahu u nak pergi i nak kirim.
(aku jawap) - kau ingat tujuan aku pergi ni nak shopping ya?
(seorang perempuan Melayu yang mengembara secara solo)
http://hafizah-hassan.blogspot.com/ (mengembara berkumpulan)
http://www.seat61.com/ (segala laluan travel dia tahu)
Ezu Mezu (kawan aku. Maklumat melalui talian telefon bimbit)
Sebelum aku memulakan cerita pengembaraan ini, selayaknya aku ucapkan terima kasih kepada beberapa orang empunya laman sesawang di atas ini yang aku study untuk pengembaraan ini walaupun aku tidak pernah bertanya soalan pada mereka secara peribadinya atau meminta izin dari mereka. Hanya sekadar membaca dan study dari hal pengembaraan mereka merentasi bumi Thailand dan Cambodia melalui jalan darat. Aku terima banyak pesanan dalam inbox fb yang ingin tahu bagaimana caranya untuk mengembara seperti yang aku lakukan. Jadi aku kasi bikin ini blog bagi semua orang baca dan study walaupun pada awalnya aku dah bagi link-link blog lain untuk mereka rujuk. Selama ini aku hanya ada satu saja blog, itu pun hanya blog susunan buku-buku yang aku pernah baca ( http://almariroboh.blogspot.com/ ) orang kata setiap pengembara akan menempuh pengalaman yang berlainan, mahu tidak mahu aku sediakan juga blog untuk menceritakan pengalaman pengembaraan versi Eddy Qibran walaupun hakikatnya aku malas nak menaip. Pada awal tahun 2012 timbulnya minat ingin mengembara mengikut jalan darat dari Kuala Lumpur hingga ke bumi Cambodia. Pada mulanya ingin lakukan secara solo kerana dilihat lebih santai bersendirian di negara orang dan pada hal yang sama tidak ada kawan-kawan yang minat mengembara seperti aku. Jadinya sebelum bulan puasa 2012 sambil study dan buat itinerary untuk mengembara aku pun offer Gaban Frz untuk turut serta dan dia bersetuju. Tujuan pergi mengembara adalah untuk melihat negara orang, budaya mereka, kehidupan mereka dan yang paling aku minat sekali nak mengembara ni sebab aku minat Street Photography dan nak layan street di negara orang. Jadi tak pelik lah kenapa aku akan fokus pada tempat yang ramai orang atau pun ceruk-ceruk kaki lima dan pilihan kedua baru lah ke lokasi tarikan pelancungan mereka. Maka bermula lah pengembaraan kami berdua ke bumi Thailand dan Cambodia sambil ditemani jajan tam-tam. Semoga selamat sampai tujuan.
(Selamat berbuih mulut membacanya. Pertanyaan? tinggalkan di ruang komen di bawah sekali)
Bissmillahirahmanirahim..
Khamis 20.12.2012, petang itu langit diselubungi awan hitam dan hujan turun mencurah-curah dan sesekali kelibat petir pantas menerangi ruangan gerabak komuter dari Station Pelabuhan Klang ke KL Sentral. Jam menunjukan 6:30 petang Gaban Frz sedang asyik mengelamun dan aku sedang mencatit harga RM2.20 bagi perjalanan sejauh Pelabuhan Klang ke KL Sentral menggunakan komuter. Bagi yang membeli tiket perjalanan jauh dari KL Sentral ke JB atau ke Tumpat atau ke Padang Besar menaiki KTM boleh lah menunjukkan tiket itu di mana-mana kaunter komuter bagi mendapatkan harga diskaun untuk ke KL Sentral atau dari KL Sentral ke tempat lain dengan menggunakan komuter. Sejam selepas itu komuter tiba di KL Sentral dan kami terus naik ke food court untuk minum petang, makan-makan dan beli sedikit barang apa yang perlu. Selesai makan berbual-bual dengan Gaban Frz sambil menghirup teh o panas. Judul bualan dah tentunya hal kembara kami merentasi laluan darat dari KL - Hat Yai - Bangkok - Siem Reap. Pengembaraan ini merupakan yang pertama kali bagi kami mengembara sejauh ini dan meliputi 2 buah negara dalam tempoh 6 hari. Sebelum ini aku hanya pernah ke Singapura menaiki bas dan kereta dan tahun lepas(2011) ke Hat Yai pun sekadar menaiki kereta sehingga Bukit Kayu Hitam dan selebihnya menggunakan public transport untuk terus ke Hat Yai melalui border Bukit Kayu Hitam - Danok. Lebih kurang jam 9:15 kami sudah pun berada di dalam gerabak sambil setting apa yang perlu. Kami pilih sleeper coach kerana perjalanan KL Sentral - Padang Besar lebih kurang 12-13 jam dan akan sambung ke Hat Yai Station lebih kurang 45 minit. Sebenarnya terpulang pada masing-masing nak pilih sleeper coach atau seat. Kami pilih sleeper coach sebab nak tidur hingga sampai ke destinasi(nak hilangkan penat bekerja pagi tadi/sebenarnya aku mc pagi tadi sebab malas ). Bagi orang yang kurus dan ringan macam aku elok lah pilih upper berth(katil sempit sikit) sebab senang nak panjat memanjat manakala bagi orang yang berbadan besar pula elok lah pilih lower berth(katil besar sikit) untuk mengelakkan panjat memanjat. Harga untuk upper berth bagi perjalanan sejauh KL Sentral - Hat Yai adalah RM54.00 manakala lower berth adalah RM60.00 kalau seat rasanya lebih kurang RM48.00(tak pasti). Tiket KL Sentral - Hat Yai kami beli 2-3 bulan awal (boleh beli di kaunter P.Klang,Shah Alam,Subang Jaya & KL Sentral) secara online pun boleh tapi laman sesawang kurang user friendly(mungkin buat masa ini).
Lebih kurang jam 9:30 malam keretapi kami mula meninggalkan KL Sentral meredah renyai-renyai hujan malam jumaat dan langsir katil mula ditarik supaya aktiviti setting duit berjalan lancar tanpa diintai oleh orang lain di dalam gerabak. Aku sibuk mengira duit, menyorokkan duit dan membahagi-bahagikan duit dollar dan baht. Bila selongkar bag duit, baru aku perasan tidak ada wang kertas RM langsung dalam bag duit aku, yang ada hanya duit dollar dan baht. Aku hanya menukar sejumlah wang :
view dari upper berth
Lebih kurang jam 9:30 malam keretapi kami mula meninggalkan KL Sentral meredah renyai-renyai hujan malam jumaat dan langsir katil mula ditarik supaya aktiviti setting duit berjalan lancar tanpa diintai oleh orang lain di dalam gerabak. Aku sibuk mengira duit, menyorokkan duit dan membahagi-bahagikan duit dollar dan baht. Bila selongkar bag duit, baru aku perasan tidak ada wang kertas RM langsung dalam bag duit aku, yang ada hanya duit dollar dan baht. Aku hanya menukar sejumlah wang :
RM400.00 = 4000.00 Baht
RM400.00 = USD130
Duit dollar sorokkan dulu sebab tidak diperlukan di Hat Yai mahupun Bangkok. Jadinya malam itu aku hanya setting duit Baht sahaja untuk penginapan di Bangkok. Ini hanyalah sekadar langkah teliti supaya tidak terguna lebih duit atau pun di samun(mana lah tahu kan). Selesai saja operasi mengira duit aku pun turun dari katil untuk ke bahagian penyambung antara gerabak untuk layan menghisap rokok(aku merokok time travel je ok). Tegur menegur dan berbual bersama kenalan satu gerabak ada yang terus ke Hat Yai Station lalu menaiki mini bas/van untuk terus ke Krabi Island dan ada juga yang hanya melancung ke Hat Yai. Setengah jam berbual mata mulai mengantuk balik ke katil melihat si Gaban dah lama lena bermimpi memeluk gadis kota Bangkok agaknya. Bagi mengelakkan perut lapar ada baiknya aku membuta sampai Station Padang Besar, itu lah dalam pemikiran aku pada ketika itu. Jam demi jam berlalu, aku lena tidur walaupun ketika itu gerabak kami tersangatlah sejuk. Sedikit demi sedikit terasa cahaya pagi mulai memenuhi ruang gerabak keretapi ketika melalui pemandangan sawah padi di Kedah dan Perlis. Kiri dan kanan dikelilingi sawah padi dan angin sayu-sayu kedinginan. Cuba bangkit ke tandas dengan terhuyung-hayang mengikut alunan gerabak keretapi. Cuci muka, gosok gigi dan hanya memandang penumpang lain mengunyah roti di katil masing-masing. Belum terbuka selera untuk membaham jajan tam-tam yang kami bawa. Dalam lebih kurang jam 9:00 pagi keretapi tiba di Station Padang Besar. Kalau ikut jadual di tiket, keretapi akan sampai di Hat Yai jam 9:27 pagi waktu Malaysia. Tapi jam 9:00 baru di Padang Besar, bagi kami itu semua biasa dan kami sememangnya alert waktu ketibaan keretapi sebelum membuat jadual pengembaraan ini. Delay itu perkara biasa bagi kami. Jadi, barang-barang semua di bawa turun(sebab mereka nak kemas semula katil) dan kami pun terus naik ke tingkat atas untuk menguruskan hal-hal berkenaan dokumen/passport keluar dari Malaysia dan masuk ke Thailand. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan kedua-dua pehak imigresen Malaysia dan Thailand pada masa itu amat baik sifat kerjasamanya. Hampir lebih kurang 1/2 jam urusan siap dan kami terus ke tingkat atas untuk melepak di sebuah kedai makan(makan roti seketul je itu pun kongsi dan beli sebotol air mineral) sambil menunggu kepala keretapi dari Thailand untuk menarik gerabak keretapi yang kami naik tadi. Maknanya bila keretapi sampai di Station Padang Besar, pilot Thailand yang akan membawa kami meneruskan perjalanan ke Hat Yai Station menggunakan kepala keretapi mereka tapi gerabak KTM punya.
Seorang pengembara handsome yang setia menunggu dengan penuh sabar untuk terus menuju bandar Hat Yai
Pemandangan dari jejantas Station Padang Besar
Setia menanti urusan sambungan kepala keretapi dilakukan
Pada jam 10:20 minit pagi keretapi kami pun bersedia meneruskan perjalanan ke Hat Yai Station. Katil aku yang tadinya bersepah kini sudah dikemaskan, ayuh sepahkan lagi!. Tiba masanya pihak dari keretapi Thailand pula akan memeriksa tiket perjalanan kami dan dalam keretapi juga makcik KTM kita akan cari siapa-siapa yang ingin membuat pertukaran duit. Harga pertukaran dia : RM410.00 = 4,000.00 Baht kira boleh lah kan. Masa orang lain sebuk membuat pertukaran wang dengan makcik tu, aku pula tengah tersengeh-sengeh seorang diri melayan mp4 lagu Made In Thailand hasil dendangan kumpulan Carabao. Kehkehkeh.. :)
Haad Yai Station
Alhamdulillah 45 minit selepas itu kami pun tiba di Hat Yai Station dengan selamat. Turun dari keretapi terus tengok orang ramai menghala kemana dan kami pun ikut. kami ambil keputusan untuk simpan bag di kaunter simpanan barang dengan harga 40.00 Baht untuk satu bag.(baru saja beberapa bulan sudah aku baca di blog, mereka hanya membayar sebanyak 20.00 Baht untuk satu bag) Minta kurang tak dibagi, mahal! geram pula aku. Selepas setuju meletak bag di kaunter kami pun terus menuju kaunter tiket untuk menanya perjalanan dari Hat Yai ke Bangkok. Sebenarnya kami sudah pun tahu jam berapa keretapi akan bertolak ke Bangkok dari Hat Yai Station sebab tiket keretapi dari Hat Yai Station ke Bangkok kami dah beli awal-awal secara online. Layanan staff di kaunter pun baik dan kami minta peta bandar Hat Yai dan jadual perhentian-perhentian yang keretapi kami akan berhenti supaya mudah untuk tahu lagi berapa perhentian untuk sampai ke Bangkok, sekadar untuk tambah info selain info yang sedia ada aku kutip melalui internet. Kami di Hat Yai bukanlah untuk bermalam tapi sekadar singgah untuk beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok. Kami tiba di Hat Yai Station dalam jam 11:05 minit waktu Malaysia jadinya lebih kurang jam 10:05 minit waktu Thailand. Keretapi yang akan membawa kami ke Bangkok akan tiba di Hat Yai Station pada jam 14:45 petang (Thailand lewat sejam dari waktu Malaysia). jadinya adalah masa sikit untuk kami menyelongkar bandar Hat Yai ni. Bandar Hat Yai adalah merupakan bandar terbesar dalam wilayah Songkhla, boleh dikatakan ramai rakyat Thailand yang beragama Islam menetap di bandar ini dan sangat mudah untuk mendapatkan makanan halal di bandar ini. Keluar dari station keretapi Hat Yai kami jalan terus menuju restauran makanan halal. Caranya, berhadapan menara jam Hat Yai Station tu terus sampai jumpa simpang empat yang pertama dan belok ke kanan akan jumpa sebuah restauran Muslim Ocha dan kami makan di situ saja.
Nasi, kari ayam, telur asin : 40Baht
Teh Ais : 15Baht
Teh Ais : 15Baht
Inilah makanan yang mengalas perut kami sehingga sampai ke Kota Bangkok sejauh 20jam perjalanan
view di sekitar Bandar Hat Yai.
Aku rasa rakyat Malaysia lagi ramai di bandar ni. Ada yang sebuk shopping, jalan-jalan. Boleh dikatakan berbas-bas rakyat Malaysia di bandar Hat Yai ni. Tak mustahil lah peniaga-peniaga budha di sini pun boleh cakap melayu dengan fasihnya. Senang urusan ye tak? dulu masa pertama kali aku sampai di bandar Hat Yai ni antara jadual harian di sini sebuk ke kedai bundle. Maklum lah datang dengan kaki kaki bundle, habis semua kedai kami serbu. Dulu masuk Thailand ikut border Bukit Kayu Hitam - Danok tapi kali ini ikut border Padang Besar - Hat Yai
view di sekitar Bandar Hat Yai
Memudahkan bagi sesiapa yang nak datang ke Hat Yai dengan menaiki bas express berhenti di tengah tengah bandar. Hotel bersepah di bandar Hat Yai ni, Yang murah ada yang mahal pun ada. Tapi tak puas lepak Hat Yai saja, jom kita terus ke Bangkok :p. Masa di Hat Yai ni aku sempat pusing-pusing layan street photography sambil mengira berapa banyak kedai makan halal yang ada di bandar ini. Dari satu lorong ke satu lorong kami selongkah dari satu blok bangunan ke satu blok bangunan kami lalui. Jumpa banyak kedai makanan halal, jumpa makcik-makcik dari Malaysia dengan tangan sarat bersama barang-barang yang dibeli. Shopping ya makcik? :p dan melayan borak dengan tokeh-tokeh kedai yang pandai berbual dalam bahasa melayu. Kalau ada sesiapa yang kata sesat di bandar Hat Yai ni kompem aku akan tepuk dahi. Macam mana boleh sesat di bandar Hat Yai yang simple ni. Kompem kepala otak asik fikir 'ayam' Hat Yai je sebab tu sesat :p. Banyak juga lah kedai-kedai yang kami singgah. Barang haram ada barang halal ada senjata berupa pistol pun ada. Tak ada beli barang apa-apa pun sekadar tengok-tengok dan ingin mengetahui sahaja. Sampai lenguh juga kaki ini berpusing di sekitar bandar Hat Yai 2-3 kali pusing dan ada masa lagi sejam kami nak ke Hat Yai Station, kami decide untuk ke restauran Muslim Ocha semula untuk sedut teh panas dahulu sebelum naik keretapi. Sedut teh panas sambil layan wifi free dari King's Hotel berdepan dengan restauran Muslim Ocha. Password wifi C074261700. Kali ini tokeh restauran datang duduk semeja layan bual-bual kosong mengenai perbezaan diantara kedua buah negara dan macam-macam lagi hal yang dibualkan. Jam 14:35 kami mula beredar dengan pantas dari restauran Muslim Ocha. Sampai di tempat simpan bag aku lupa pula letak resit di mana, kelam kabut juga dibuatnya. Aku pun cakap "err.. tak payah resit2 lah. Meh bag aku" eh dia pun paham cakap aku dan bagi aku bag tanpa fikir panjang(sebab masa aku datang nak ambil bag dia tengah tidur) mamai lah tu kot. Resit tu ada tapi terselit di celah-celah duit dalam bag duit aku. Aku tengok tiket dan tengok keretapi yang berada di hadapan aku. "ai kepala tak ada?" aku terus tanya kaunter rupanya keretapi delay. Dari jadual awal keretapi gerak ke Bangkok jam 14:45 dan bila delay terpaksa lah kami melangok bersenda gurau berdua di station tu. Kami disapa oleh beberapa orang dari Malaysia yang bertanya kan mengenai perjalanan keretapi yang sama dengan kami. Mereka ingin menuju ke Surat Thani dan kemudian mengambil mini bas untuk terus ke Koh Samui Island pada ke esokkan paginya. Jadi mereka tidur di mana malam ini? dalam pengiraan aku mereka akan sampai di Surat Thani lebih kurang jam 8 malam ke atas. Ermm.. tak mengapa mereka ramai, enjoy your journey geng!. Keretapi ke Bangkok mula meninggalkan Hat Yai Station jam 16:20
http://www.railway.co.th/home/Default.asp?lenguage=Eng
Laman sesawang keretapi yang aku naik. Memudahkan aku untuk beli tiket lebih awal.
Laman sesawang keretapi yang aku naik. Memudahkan aku untuk beli tiket lebih awal.
view dari dalam Hat Yai Station
view dari dalam Hat Yai Station
view dari dalam Hat Yai Station (ruang menunggu berhampiran gerabak)
Bogie Third Class Carriage. Sit / Fan - 259Baht
Memang murah dan jimat tapi antara sanggup atau tidak layan duduk 90darjah selama 20 jam perjalanan :)
Bogie Second Class Day & Night Coach. Upper bed / Fan - 555Baht
dan kami pilih yang ini untuk mengharungi selama 20jam perjalanan ke Bangkok
Masa ni aku blur memikirkan macam mana aku bayar untuk upper bed tapi bayang katil pun tak nampak :p
Suasana di dalam keretapi pada awalnya agak melucukan kami.
Kerana sudah terbiasa dengan kebersihan dan keselesaan KTM, bila masuk dalam
keretapi Thailand ini nampak muka kami berubah tersengih tahan gelak. Dari satu
gerabak kami jalan ke gerabak lain sebelum jumpa gerabak kami. Tingkap terbuka
luas lebih kurang sedepa, kipas angin di siling berpusing walaupun terlekat
pada bilah dan jaringnya kekotoran habuk, tandas cangkung rasa macam jamban
belakang rumah dan suasana dalam gerabak agak suram. Melihat suasana di dalam
gerabak bila dibandingkan dengan KTM maka akan ada yang mengatakan KTM lagi
bersih dan selesa. Tapi pada kami itu semua tidak menjadi masalah! kami enjoy
dengan keadaan itu.
"When you travel, remember that a foreign country is
not design to make you comfortable. It is designed to make its own people
comfortable" - Clifton Fadiman.
Sampai di gerabak kami, kami pun tercari-cari upper bed
kami. Tengok nombor betul dah tapi kenapa ada 2 kerusi di bawah dan tiada
apa-apa katil di atas? cuba berayam itik dengan penduduk tempatan yang berada
di gerabak yang sama, isyaratnya mengatakan yang melengkung atas itu adalah
katil. Bila dilihat dekat-dekat ada satu lubang seperti untuk memasukkan kunci
bagi menurunkan lengkungan yang berupa katil dari pandangan bawah. Masalahnya
bukan beli tiket dapat kunci pun. Aku rasa akan ada yang datang buka nanti jadi
kami pun duduk di bawah ikut nombor masing-masing. Di kerusi hadapan aku
seorang pengembara dari Jepun yang mengembara secara solo bermula dari Singapura.
Kami mula berbual bersama mengenai hal-hal pengembaraan. Sebenarnya aku pun tak
tahu sejak bila pula aku pandai speaking english ni?? tengok gaya bukan main
sedap berborak dengan mamat Jepun ni. Keretapi mula meninggalkan jauh Hat Yai
Station dan kelihatan kelibat pengurusan keretapi memeriksa tiket perjalanan
dari satu kerusi ke satu kerusi sampai lah ke giliran aku. Aku pun bertanyakan
mengenai katil atas tu. Salah seorang daripada pemeriksa tersebut memanggil
seseorang yang bernama Chai. Kelihatan seorang lelaki muncul dengan berambut
pendek yang tingginya lebih kurang aku dengan mengenakan pakaian seragam seakan
polis trafik di Malaysia. Pung pang pung mereka berdua lalu Chai memandang aku
dan bersuara "katil pukul 7 baru buka. Nak tidur dah ke? "errr.. tak
apa, tak apa bang ok pukul 7 nanti" kata aku sambil teruja dia boleh
berbahasa melayu. Mamat Jepun tu tanya kenapa, aku cakap katil kita akan mula
dipasang pada jam 7 nanti. Barangkali sudah terbiasa bila menggunakan
perkhidmatan KTM sleeper coach masuk je ke gerabak katil semua sudah tersedia
untuk baring tanpa menunggu untuk dipasang. Ok lah ni satu pengalaman yang
baik. Keretapi terus berlalu pergi, aku melayan perasaan sambil memerhatikan
pemandangan perkampungan di sekitar laluan keretapi.
"macam ni be, kalau di kedai makan kita hisap rokok. Orang yang di sekeliling kita pakat boikot bangun duduk jauh dari kita. Nanti kita terasa orang pulau kita, nanti tokeh kedai marah kat kita" katanya lagi "kalau be nak hisap rokok kena pergi jauh-jauh dari orang".
Sebab itu aku tanya Chai boleh hisap rokok ke tidak. Lagi pun aku ni bukan lah perokok tegar pun. Hisap pun hisap kosong je tapi gatal nak merokok bila travel ni :p. Jam di tangan menunjukkan pukul 9 malam, aku balik semula ke katil. Ada yang sudah pun lena dan ada yang sedang berbual-bual. Penjaja-penjaja sudah lama sunyi ditelan kelam malam. Melihat Gaban sedap lena tapi aku masih terkial-kial untuk melelapkan mata. Badan letih tapi mata tidak mahu lelap. Melihat sekeling menilai, melihat kipas yang cantik dengan habuk yang melekat. Buat-buat tulis nota juga tidak mahu melelapkan mata ini. Lagi 5 minit ke jam 11 malam aku mula membuka bag mencari sebungkus jajan tam-tam untuk mengisi perut. Sebenarnya tidak lapar, tapi sudah terbiasa menguyah di waktu-waktu sebergini. Habis 3 bungkus jajan tam-tam barulah terlelap rasanya.
Chai, sudah berkhidmat selama 3 tahun bersama syarikat keretapi Thailand ini dan pernah bekerja di Langkawi selama 4 tahun. Pandai bertutur di dalam bahasa melayu.
Makcik ini menjual kerepek pisang, akhirnya dagangannya dibeli oleh seorang traveller dari Jepun di hadapan aku
Asalkan ada masa yang sesuai si Gaban ni mesti berlayar
Acah-acah tidur bila penjaja-penjaja menghampiri :)
Alhamdulillah akhirnya Sabtu, 22.12.12 kami tiba di Hua Lamphong Railway Station, Bangkok lebih kurang jam 10:00 pagi. Tatkala turun memijak bumi Bangkok mula terasa diri ini sudah berbatu jauh dari Pelabuhan Klang. Sebagai kenangan, kami mula bergambar sesama di kawasan station keretapi sehinggakan disapa oleh dua orang pegawai polis Thailand. Mula-mula cuak juga tapi bila dia cuma bertanyakan kami dari mana, dari situ aku faham mereka mesra dengan pelancung jadinya sengaja aku meminta untuk bergambar bersama. Bila kami sampai di Hua Lamphong Station perkara pertama yang kami lakukan adalah mengutip segala peta atau info-info mengenai kota Bangkok di kaunter-kaunter yang ada dan juga bertanyakan mengenai jadual perjalanan keretapi dari Hua Lamphong Station ke Arranyaprathet (border Thailand - Cambodia). Selesai mengutip segala info-info kota Bangkok, kami terus menuju ke hostel kami.
Aku tak rasa aku ni artis tapi sebab mereka ikhlas nak bergambar, aku pun bersetuju :)
View dari dalam Hua Lamphong Railway Station, Bangkok.
View dari dalam Hua Lamphong Railway Station
View dari luar Hua Lamphong Railway Station, Bangkok
Kami menginap di sini The Train Inn. Sebelah van merah tu pintu masuk ke Hua Lamphong Railway Station
Receptionist yang perempuan tu nama dia Tata yang laki tu aku lupa. Biasa lah aku mesti ingat nama perempuan je.
Ruang santai di The Train Inn
View dari dalam The Train Inn
View dari kerusi santai di luar The Train Inn
Bilik kami 550Baht satu malam. Aku pilih The Train Inn sebab dia bersebelahan pengangkutan utama keretapi di bandar Bangkok ni. Senang nak naik MRT, LRT dan Senang nak naik keretapi dari Bangkok ke border Cambodia seawal jam 5 pagi. Booking guna mulut je tapi nasib lah kalau tiba-tiba dia bagi orang lain dulu. Seawal cari penginapan, aku baca komen traveler mengenai bermalam di The Train Inn ni macam-macam ada yang merungut ada yang kata ok dan ada yang kata katil keras macam papan. Tapi pada aku keras ke lembut ke aku ok di rumah pun tidur berlantai lagi pun tujuan aku datang sini bukan nak tidur 24 jam di bilik!
View dari pintu pagar tepi Hua Lamphong Railway Station. Boleh booking di sini http://www.thetraininn.com/room.php atau di fb http://www.facebook.com/thetraininn?fref=ts
Bersambung woi...
20 comments:
Hi Eddy..saya bermnat nak bace entri seterusnye..keep t up:)
yo! tq2.. siapa ni?
hai en eddy...mana sambungan bahagian 3????
Mmg best bro..baca lu punya blog ni
salam,
saya minat tnak tau entry seterusnya ke Siam reap denga keretapi sangat menarik, saya dah lama nak pergi solo tapi tak sanggup nk mula, then nk cari kawan yg free boleh cuti smeingggu ke 2 minggu utk jlan darat ni susah.tapi thanks for this info sharing sangat semangat saya nk mula trip saya in future ke hua lampong station dengan keretapi, next entry siam reap or tempat lain share ye..tq
Salam..saya nak tanya,macam mane nak book tiket ke bangkok dari hatyai?boleh beli on the spot or beli awal dari malaysia?
ada jumpa penumpang bawa basikal dalm keretapi tak ?
Salam. Sy nk tnye mmg kita harus bwk duit dollar ke bila ke sana?
memang best baca bro punya entri...rasa mcm nak plan gi sane gak la...
Ok..best travel sorg..good experience. ..sy bru travel ke hat yai naik keretapi. .dari rwg letih juga 12 jam perjalanan. ...
Terima kasih kerana berkongsi:-) hari sabtu 13/9/2014 saya akan mulakan perjalanan ke bangkok dari alor setar:-) sebelum ni gementar semacam kerana tiada gambaran langsung tentang kereta api sana. Semoga semuanya berjalan lancar.amin
Assalamualaikum,
Boleh saya tau tak ape website untuk beli tiket keretapi dari Bangkok-Hatyai-Kuala Lumpur? laman sesawang yang diberikan tak boleh nk bukak :( ... Dan kalau boleh saya tau, berapakah total tiket keretapi yang awk beli? maksud saya, dari kl-hatyai-bangkok.. Saya bercadang untuk balik ke KL menggunakan keretapi pada bulan 12 nanti.. Jadi, respon daripada anda sangatlah saya hargai :).. Terima kasih..
Sgt best baca blog ni..
terbaikk...sampai print entry ni bg senang baca hahah
Tuan kalau berkeluarga.Ok tak Dari kl ke hatyai. Ada yang berbilik me??1st time nak travel naik train dgn anak2
salam eddy, mungkin blog ni agak berhabuk. hehe btw thanks for sharing the experiences, tapi nak tanya sikit travel kl-bangkok spent how many day(s)? sbb konpius skit ngn ayat2 yg dtulis. ;) harap dapat balasan setimpal. thankyou. selamat berpuasa.
.......
AS SALAM BILA PULAK NK MELANCING NK KETAPI SAYA NK JOINT
Part 3 mana yaaa 😂
salam semua...
saya akan mencari pengalaman baru seperti tuan punya blog ini secara solo bermula tarikh 29 jan 2017 - 3 feb 2017.
Doakan saya..arezhim@gmail.com
wasalam
Post a Comment