Thursday 17 January 2013

KL - Hat Yai - Bangkok - Siem Reap, melalui jalan darat (Bahagian 2)


Selepas mengutip segala peta dan info-info di kaunter hotel, kami terus naik ke bilik untuk menghilangkan lelah. Suasana keseluruhan hotel ini bersih dan ceria, pekerja-pekerjanya juga membantu jika kita memerlukan apa-apa. Keadaan di dalam bilik juga memuaskan, tandas berada di tengah-tengah pada setiap tingkat dan bersih, air pancurannya juga laju. Di bilik kami ada tv tetapi tidak dihiraukan walaupun kami menghidupkannya, hanya sekadar membiarkan bunyi menghiasi ruang bilik kami. Sekarang masanya untuk memasak maggi kari dan mandi. Perut kami memang dah lapar sangat dari dalam keretapi tadi. Gaban mencapakkan sebungkus tam-tam kepada aku, memang sama-sama tergelak melihat jajan tam-tam. Mana tidaknya cuma inilah makanan yang kami makan ketika lapar di dalam keretapi malam tadi. Memang layan makan tam-tam di saat-saat kebulur macam ni. Sebungkus tam-tam besarnya cuma sebesar tapak tangan. Alahai jadilah buat alas perut.sementara menunggu maggi kari aku siap masak, aku suruh Gaban tolong tengok-tengok kan sebab aku nak mandi. Rasa badan ni meleket-meleket dah dari semalam tak mandi. Restoran makanan halal di Bangkok ni ada banyak tapi oleh kerana Bangkok ni besar sangat maka susah nak cari bagi orang yang tidak pernah tahu macam kami di mana lokasi sebenarnya restoran makanan-makanan halal di Bangkok ni. Sebelum kami keluar untuk cari di mana lokasi makanan halal di Bangkok ni ada baiknya aku telan maggi kari aku yang kembang dan dah siap untuk ditelan. Aku makan maggi kari kembang Gaban pula tenggek lagi dapur nak masak air untuk maggi cup dia pula. Jadinya tenggek menenggek periuk berlaku di bilik kami. Bukannya kami bawa periuk belanga ceret dapur gas semua tapi cuma bawa traveler cooker yang sebesar tapak tangan untuk emergency kes saja.


Kami pun bersiap-siap untuk keluar ke sekitar Bangkok hingga ke China Town, Khao Sun Road, . Cuaca agak panas sedikit hari ini, kami melalui hadapan jalan Hua Lamphong Station mengikut peta menuju ke arah China Town. Kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sampai China Town sambil boleh layan street photograpy di sekitar Bangkok. Masa ni kami belum tahu lagi China Town tu jauh berjela dari Hua Lamphong Station. Melihat keadaan warga kota Bangkok, melihat bangunan-bangunan di kota Bangkok, melihat penjaja-penjaja di jalanan Bangkok, terasa kaki ini letih jauh berjalan namun China Town tidak muncul-muncul juga. Buka peta di tepi jalan seperti gayanya pengembara yang sering di lihat di Kuala Lumpur. Cuba cari jalan untuk menggunakan pengangkutan boat di sungai Chao Pharaya tapi kena naik dari tempat mula yang agak jauh dari tempat kami berdiri sekarang. Salah satu caranya kena naik tuk-tuk atau pun teksi untuk ke tempat boat. Kami tak nak sebab tuk-tuk mahal, teksi ok tapi jalan jem. Jadi ambil keputusan untuk teruskan berjalan kaki lagi menuju China Town. Tetap tidak sampai juga, rupanya China Town tu jauh berjela. Akhirnya kami menaiki tuk-tuk selepas deal harga untuk ke China Town memandangkan dah dekat. Masa ni aku dah mula batuk-batuk. Kalau aku nak travel oveland lagi sekali dari Hatyai ke Bangkok dan terus ke Cambodia, antara barang yang wajib aku kena sediakan adalah mask untuk tutup mulut dah hidung sebab Bangkok ni banyak sangat asap asap kenderaan. Asap tuk-tuk lagi banyak, mungkin kerana kepadatan kenderaan di kota Bangkok ini menyebabkan pencemaran asap meluas dan aku kurang senang bila terpaksa menghidu bau-bauan masakan gerai-gerai makanan atau pun penjaja-penjaja makanan di jalanan. Manalah tau mereka goreng ba.. ke, sanggup aku tahan nafas sebab tak nak hidu.


China Town, Bangkok dari pandangan kamera aku

Silap mata 

 China Town, Bagkok dari pandangan kamera aku

 Melewati Grand Palace, Wat Pha Kaeo dan Sanam Luam Park menuju Khao San Road.

Akhirnya kami sampai di China Town. Punya lah jem jalan penuh sesak dengan kenderaan dan asap-asa[ kenderaan dan asap masakan gerai-gerai di tepi jalan di sekitar China Town mula melemaskan kami. Bertutup dengan tuala muka saja. China Town sangat padat dan dibanjiri dengan pelancung dan warga tempatan. China Town ni besar sangat kawasannya dan nampak meriah dengan orang ramai membuat kan aku seronok untuk layan street photography. Dari satu tempat ke satu tempat aku redah di China Town ni tiba masanya untuk menuju ke Grand Palace. Sampai di Grand Palace ni aku lihat bangunan yang besar temple yang besar dan padang yang cantik dan selesa dengan orang ramai di sekitarnya. Jalan raya di sebelah sini besar. Cuba tinjau-tinjau macam kami tidak seronok dengan Grand Place, Wat Pha Kaeo dan Sanam Luam Park. Tak rare untuk street photography lagi pun dalam kepala aku nak sampai ke Khao San Rd. Akhirnya kami minta tuk-tuk untuk terus menghantar kami ke Khao San Rd sahaja. Khao San Rd adalah lokasi yang tidak asing lagi bagi backpacker seluruh dunia dimana mereka akan memilih untuk berkumpul dan berhibur di sini. Ada bar, rumah-rumah urut dan hiburan. Sampai saja kami di Khao San road kami layan shoot suasana di sini. Memang ramai yang melepak di sini, walhal Khao San Rd ni hanya satu lorong atau satu jalan di tengah-tengah antara deretan kedai-kedai yang bertentangan di kiri dan kanan jalan. Kalau di kuala lumpur kira seperti di Petaling Street, satu lorong memanjang ke hujung jalan. Ada yang mabuk ada yang berjoget ada yang mengurut dan ada yang mendandan rambut . Terlalu ramai pengembara seluruh dunia berkumpul di sini dan tidak mustahillah pernah berlaku hal ugutan dari pengembom yang mana si pengebom berjanji kepada kerajaan Thailand yang mereka akan meletupkan Khao San Rd mungkin kerana tarikan pelancungan di sini dan mungkin sebagai salah satu ugutan yang akan menakutkan pehak kerajaan Thailand yang mana pelancung akan takut untuk memasuki Thailand. Kalau difikirkan menarik ya menarik bagi aku sebab semua yang menginap di sini pengembara dan jualan baju-baju di sini cantik cantik designnya. Kami nak beli tapi rasa macam bukan tujuan utama kami untuk shopping, lagi pun sayang duit untuk makan saja :p jadi kami pun tak beli. 

Setelah penat berlegar-legar di sekitar Khao San Rd dari hujung ke hujung. Kami mula merasa lapar yang teramat sangat kerana sebungkus maggi kari kembang tidak berjaya membuat kan aku berasa kenyang. Sekarang ni kami ada masalah utuk mencari kedai makan halal dia area Khao San Rd. Berpusing-pusing juga di Khao San Rd ni mana lah tau ada terselit kedai makan halal. Sekarang sudah pun jam 5 petang, kalau tidak diisi perut ini leceh pula nak cari kedai makan halal yang lain di area hotel kami. Cuba cuba nasib bertanya kan pada orang mengenai restoran makanan halal, masing-masing tidak tahu ada yang tahu tapi jauh dari Khao San Rd. Akhirnya kami buat keputusan untuk menyelusuri deretan blok blok bangunan kedai dari Khao San Rd sehingga ke jalan Thanon Rambuttri. Thanon ni maksudnya jalan kalau tak silap aku. Kami jalan sampai jumpa kedai Swensen's dan kami nampak ada 7 Eleven. Selang beberapa kedai dari 7 Eleven tu aku terpandang seorang makcik dudul di tepi tiang kedai, rupanya macam seorang makcik yang memakai serkup kepala macam dalam telkung tu alaa macam makcik makcik kampung di Malaysia yang pakai serkup tutup rambut sebelum memakai tudung. Aku pun syak kedai ni Islam tapi aku teruskan lagi ke hadapan manalah tahu ada kedai makanan Islam yang jelas sikit. Tapi hampa tak ada pun. Aku pun berpatah balik ke kedai tadi dan bila dikaji selidik memang ya kedai tu peniaganya Islam Thai. Alhamdulillah aku dah terbayang nasi 3 pinggan. Tapi bila duduk aku tengok bingkai cermin ni semua banyak mee saja. Di Thailand ni rakyat dia suka makan mee tak kira lah dibuat macam mana janji mee. Rasa macam tak kenyang pula bila tengah kebulur makan mee kan? sekali dia cakap nasi ayam ada, ok kami bedal Nasi Ayam dengan air Est Cola. Aku dengan Gaban dah tak bercakap dah lepas tu masing-masing senyap je menyodok nasi ke mulut. Bila berbual dengan tokeh kedai ni dia cakap kalau aku terus kan lagi sampai hujung blok kedai ni akan nampak ada satu masjid dan di area ni ada perkampungan Islam tapi jauh sikit dari lokasi kedai dia dan tiba tiba ada pakcik datang order mee rebus yang memakai baju yang tertera lebih kurang Jkk masjid area sini. Jadi aku happy sebab dapat makan makanan halal sampai aku lupa nak order lagi 2 pinggan dan bungkus 1 bawa balik hotel, dah sampai hotel baru teringat sebab lapar lagi. Selesai makan semua, kami layan lagi sekali  Khao San Rd ni. Masa ni hari dah semakin gelap dan promotion untuk massage sudah semakin rancak dan orang sudah semakin penuh. Kami pun ambil keputusan untuk balik hotel. Tuk-tuk dan teksi banyak di kawasan Khao San Rd ni sebab ramai pelancung yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka di sini. Pada mulanya cari teksi, kebetul masa tu tak jumpa pulak teksi. Mungkin belum sampai ke Khao San Rd ketika itu. Tak ada pilihan lain kami setuju untuk naik tuk-tuk ke Hua Lamphong Station. (nak ke Khao San Rd ni tak ada train atau bas yang ke sana) Sampai hotel mandi mandi, masak air layan milo panas di bilik dan turun bawah lepak lepak di ruang santai hotel sambil berbual-bual mesra bersama staf staf hotel. Lebih kurang jam 9 malam kami pun keluar dari hotel untuk menjalankan operasi malam minggu kehkehkeh.. masa ni Gaban dah mula mengelinjang dah bila aku cakap kita ada operasi malam minggu di Bangkok :p

Khao San Road in Black and White

Mendandan rambut

Khao San Road, lokasi popular backpackers serata dunia berkumpul, menginap dan berfoya-foya di sini.

 Nasi Ayam + Est Cola

Kedai makan halal di area Khao San Rd 

Segala jenis mee adalah kegemaran orang Bangkok. 
Tu makcik tu kan pakai serkup kepala :p 

Bersambung lagi..



5 comments:

Unknown said...

Part 3 pls!!

Aimi Sarah said...

part 3 plss.....

Unknown said...

Salam bang.. Kemudahan untuk solat macam mana sana bang? Allah.. Bang part 3 bang..huhu terima kasih banyak....

Unknown said...

Penulisan memang bagus sangat! Terharu ni.. Huhuu . Teruskan2!

Anonymous said...

mana part 3? nak pegi cukup bulan ni.